Tuesday, November 29, 2011

Cuba tengok ni






Terpegun bila pertama kali tengok aksi ni. Video ni dirakam sendiri masa hb pergi ke Athens.


Agak-agak kan, apa motif yang nak di sampaikan ni ek? Kasut diorang comel....

Monday, November 28, 2011

Selamat Tahun Baru





Alhamudullilah..syukur hari ni masih lagi dapat menghirup udara yang segar , sihat , insya allah, semua orang yang disayangi baik yang dekat mahupun yang jauh, semuanya didoakan sihat.Italic

Dulu2 masa masih jahil lagi, Awal Muhamram tak sangat memahaminya...tapi bile dah berkeluarga dan ada anak2...pendalaman erti Awal Muharam sangat bererti!

Semoga dengan pembukaan tahun baru ini, mudah-mudahan menjadikan kita insan dan umat yang amat dikasihi disisiNya. Amin...

Sempena tahun baru ni ..tadi kat dapur sempat juga mengadun 2 adunan butter cookies..
Teringat kat fathin kahs... oder butter cookies haritu tak sempat nak buat. Sibuk packing barang2..nanti ye fathin ..insya allah ada rezeki..akak buatkan.

Sunday, November 27, 2011

UP! inspirasiku...


Baru ni kami belikan CD karton UP untuk anak2... tapi tak sangka pulak cerita UP ni memberikan kami dan sekeluarga inspirasi! Sememangnya idea ni dah lama yang buat dan dah ramai yang tahu...
Tapi mana tahu ada yang tak tahu dan dapat kongsi inspirasi ni bersama-sama.

Selama ni kami tampal target apa2 sahaja di depan cermin make up..so sekarang, botol hiasan ni dah berbaris di atas meja make up . Secara tak langsung botol ni hari2 kami tatap..dan yang penting botol tu mesti transparent....boleh budget bile nak penuh!

qistcupcakes

qistcupcakes

qistcupcakes

qistcupcakes

Friday, November 25, 2011

1 Borneo Mall



Ni kat 1 Borneo Mall KK. tahun lepas tak main kat area ni....ada Parkson tapi mehe......


Pasar Ikan Masin





Pasar ikan masin....terubuk masin, terubuk jeruk, udang kering, pusu(ikan bilis), gamat, belacan semua ada terjual kat sini. Pasar ikan masin ni sebelah pasar Filipina. Mula2 datang dan tengok price tag ikan terubuk masin tu terkejut betul. Mahu taknyer..RM 23 seekor. Tapi bile ditanya sendiri harganya RM 20 tiga ekor. Ikan masin ni memang fresh lah... dan belacan kat situ memang power dan tak gatal...maknanya udang tu mesti segarkan?

Kalau yang datang dari tempat jauh service membungkus dalam kotak pun disediakan. Klass gitu!

Kucing dan arnab pun ada





Bukan kat Pet shop je ada..kat Tamu Gaya Street pun ada jual. Dan harganya pehh! sekor lebih RM 1000 ....ingatkan dalam RM 100 je. Kalau nak budget murah..kena beli arnab jelah..RM 25 sekor.

Tamu Gaya Street Part 2






Sepagi di Tamu Gaya Street...hilang penat , hilang rasa panas...hilang ngantuk, pendek kata tempat ni memang best! Kalau nak cari cenderamata dari KK, inilah tempatnya. Cukup banyak barang-barang yang boleh dibeli.

Kalau nak membeli gelang atau brooch mutiara..tengok betul-betul..pasalnyer kalau mutiara laut masin lebih berkilat dan lebih mahal..tapi yang laut tawar lak mutiara tu kurang berkilat dan lebih murah! Awas..jangan tertipu!

Tamu Gaya Street ni dibuka jam 6 pagi. Jadinyer..kalau tak nak rebut parking bolehlah turun pagi . Ataupun boleh stay di Jesselton Hotel kat sebelah Tamu Gaya Street ni. Hotel ni ala-ala Inggeris style dan ianya dah dibuka dari tahun 1951. Dan hotel ni memang tip top!

Gelang yang sebelah tu... (gambar yang dalam bakul) kita pun dah beli satu..harga baru je RM 10. Dan taukehnyer...amoi umur 6 tahun!...kelas gitu..


Thursday, November 24, 2011

Open day


Hari terbuka...
Heheee ....takdelah. Sebenarnya hari ni kawan2 hb nak datang...gambar ni semua khairunnisa yang snap..tapi..huhuhhhuuuu..tak close up betul2. Baru nak belajar ni.
.

Makan pagi yang senang dan cepat


Breakfast yang cepat ke..."rajin"?
Roti Pandalit diisi filling tuna dan chedder slice dipotong dan letak diatas roti. BAKAR...siap

Umi nak guna paint!

Ini acik
ini umi dan babah....
drawing qistina alya......bila lukis mesti nak ada princes dan love...

Wednesday, November 23, 2011

Kitchen close

Ahhh.....minggu ni dapur rumah tutup jap. Hb ajak pergi jejalan ke KK...since anak2 semua dah habis exam. Jarak dr Bsb ke KK lebih kurang 390km... kalau nak drive sehari boleh je. Tapi memandang kami ada baby so ..transit di Seri Malaysia Lawas, rate family room RM 160. Hotel ni baru bukak tahun ni, tapi air aircond menitis2 macam air hujan. Hb request nak tukar bilik juga time tu! Alhamudullilah ...pihak hotel dapat tukarkan kami ke bilik lain walaupun masa tu dah pukul 11 lebih malam dan anak2 pun dah ada yang tido.

Disini ada beberapa catatan perjalanan kami. Kot2 boleh kita berkongsi..

Kami dari Bsb ke Limbang 75km
* nak keluar dari limbang ni kena naik feri kat Pandaruan..RM 8
Bsb ke Bangar 140km
Bsb ke Lawas 180km
Bsb-Sipitang 244km
Bsb- Beaufort 289km
Bsb-Membakut 308km
Bsb-Bongawan/Papar 318km
Bsb-Kimanis 328km *
Kat sini jangan lupa beli ikan bilis atau udang kering...Fresh dan harga berpatutan
Bsb-Putatan 377km
Bsb-KK 390km

Oppss. kalau pergi ke KK tempat yang mesti pergi ialah Pasar Gaya, setiap hari ahad je. Memang best! Dan kalau pergi ke pasar malam diaorang...kalau nak makan ikan bakar dan seafood yang dah ready made..peh! memang mahal...

Tuesday, November 22, 2011

Good bye teachers,friends..and GOOD Bye Al Falaah School








Cup cakes untuk Good bye Teachers and Friends...dan juga sekolah.
Hari ni buat 60 pcs cupcakes. Angah , acik dan aqiel plan nak bagi kat cikgu dan rakan dalam kelas...kecuali ijat....


Memo untuk de (aunty budak2 ni)...acik dapat best students award lagi this year ..So apa lagi..acik kata "nak set pencil dan colour"..hehehee

Hari-hari roti

Salam....hari ni cuba resepi roti lagi. Semenjak dapat teman baru heehhhe Ms. kenwoood (solo) yang hb belikan, pantang ada masa mesti tangan ni gatal nak mengadun. Sampai hb merungut " musang pun tak makan telor banyak cam ni"!hehhe ..sabar je hb..you know me kan?

Kebetulan bukak blog rima...sedap pulak roti rima buat. Dan kebetulan Bread flour yang ada kat umah tu dah hampir expire date..so 1kg I bancuh.


Dalam ni ada filing melted butter dan chedder cheese..dan digaul dengan melted butter icing sugar!

500gm high protein (I guna bread flour)
100g sugar
100g butter
11g yis
1/2tsp bread improver
4 yolk
225ml air sejuk (peti)
secubit garam

Filling
butter cair
granted chedder

Campurkan semua bahan kering, gaulkan
masukkan air dan telur, sebatikan
tambah garam dan butter

Adun dan biarkan sementara ...tutup dengan kain lembab
bile Doh dah naik...bulatkan dan isi fillling.
tutup dengan kain lembab +- 40 min.
Bakar dan .....angkat.
Sapukan melted butter dan icinng sugar


Thanks Rima!


Saturday, November 19, 2011

Roti Pizza

Tadaaa..... dalam peti masih ada dry olive yang hb beli masa pergi greece. So untuk menghabiskan stok....petang tu kami makan pizza. Tapi heheee... pizza tu I masak dalam bekas aluminium. boleh aje kan?

Friday, November 18, 2011

Bread Day!

Salam..kita semua. Alhamdullilah...hari ni syukur ke hadrat ilahi dapat lagi melihat dan menghidup udara yang masih free...kurnian Allah swt.

Apa beza no 1-10? topik perbualan dengan hb hari ni pasal nombor. 1 ialah tahun pertama alam perkahwinan ....heheehh..semuanya indah ..dan semuanya bebas. Masa tu anak pun takde lagi...yahoohooo masa untuk enjoy!
Masuk 2,3,3,4,5,6,7,8,9 dan...10 sekarang dah 11 serba sedikit dan serba banyak insya allah,makin kenal dan betul-betul kenal diri masing-masing. Dan masa ni anak pun dah ada dan ramai.......so semuanya dah tak beberapa bebas hehehe...Kalau nak outing mesti ada beg tangan.

Tapi macamana sibuk sekali pun masa untuk outing dengan hb tu tetap kena luangkan. Paling kurang pergi keluar minum atau sekarang ni kami pergi makan cucur.


Slot kali ni I cuba resepi ' matgebu'...
roti siput. Terima kasih banyak2 kat matgebu.blogspot! roti ni memang best dan tak leceh untuk cuba.

Roti dalam proses mengembang....dan..terus kembang...Rasanya nyamann.....Jom kita!