Wednesday, August 31, 2011

Di Pagi Syawal 1432H


Salam satu syawal kita...
Pagi raya ni anak2 walaupun tak berada di kampung alhamdullilah anak anak semuanyer faham.
Kami sekeluarga tahun ni, baju raya bertemakan tema" Bebas". Jadinyer masing-masing pakat pakai seluar..heehee....


Untuk tatapan keluarga tersayang di kampung...


Semoga segala kerinduan terubat..



"Sabar ye...kitakan baru pulang dari kampung sayang...... "


Pai kasih sayang sokmo





























Hari ni aktiviti cuti sabtu, kami suami isteri berlumba tunjuk skill buat pai....











Sebenarnya kami tak tahu pun teknik yang sebenar macamana nak mengayam pai. Tapi alah...cuba jerler. Pai untuk berbuka puasa hari ni ialah Apple Pai..











Apa yang penting rasanya memang nyaman!


































Dari Jauh Ku pohon Maaf






Azan subuh pagi ni sayu je. Hari ni kami di Brunei akan menyambut Aidil Fitri (Lewat sehari dari Malaysia). Menu pagi ni tak de macam kat kampung. Cukup hanya pulut kuning, rendang, ketupat palas (dah habis malam semalam dah) , choccolate cake dan bread puding.

Tahun ni kami anak beranak tak dapat pulang beraya di kampung lagi...huhuhuuu...sedihnyer
Walaupun baru jer bertemu dengan mak , kekanda dan adinda dikampung...rasanye dah lama sangat tak jumpa. Bak kata " dah jauh baru kerinduan" hehee..betul ke ayat tu?
Apa2 pun diharap mak yang tersayang akan cepat sembuh dan cepat boleh berjalan insya allah...
Lagu ini ditujukan khas buat bonda tercinta ...dan juga untuk semua ahli keluarga

Untuk abang hisham (semoga sham cepat sembuh, maksu sekeluarga tak sempat melawat sham lagi..tapi doa dari kami insya allah akan sentiasa berada disisi sham),


















Laksa Peneng






Hari ni kami berbuka dengan laksa peneng. Resepi asal dari mama. Memang best! Thumb up untuk mama. Tapi kami guna mee spagheti..hehee...boleh aje kan?



Pagi tadi pergi pasar kianggeh ....dapat cari bunga kantan yang fresh pulak dan yang paling best ialah dapat beli daun ketupat palas. Sebenarnya dah lama kami cari daun ketupat ni. Rupa-rupanya..kat sini diaorang pakat panggil" Daun Silat",adusss.... sampai bile pun takkan jumpa.....













Buah kuini....



Pernah makan sambal belacan buah kuini??...bestnyer....nyaman tah


Rezeki... kawan hubby ada sedekah buah kuini kat kitaorang! Apalagi ...selagi ada buah kuini di rumah selagi tu menu berbuka nasi + sambal kuini. Terima kasih!!!!

Wajah ibu tua tersayang



Syawal datang lagi...Alhamdullilah sempat juga bertemu lagi. Kali ni seperti tahun lepas, 1432H kami sekeluarga tak dapat beraya bersama2 mak di kampung. Walaupun baru je pulang bertemu mak , tapi suasana tanpa mak di pagi raya amat terasa....



















Tuesday, August 30, 2011

Eid Mubarak

Ramadhan tahun amat berbeza sekali dengan yang lepas2.
Tapi pengalaman yang memang tak boleh dilupakan ramadhan tahun ini..ketika malam ke 26 tarawih. Kami sekeluarga solat di masjid yang taklah besar tapi cukup lengkap semuanya. Masjid tu di Sg. Hanching. Sultan Brunei dan anak2 nya pun joint. Yang paling bestnya jemaah kat situ tak tahu langsung kehadirannya...waktu selesai solat sempat juga bersalaman dengan kami semua....
Tabik betul lah...memang humble Sultan Brunei ni!

Tahun ni kami semua beraya di BSB lagi tahun ni...suasana kat sini taklah semeriah seperti di kampung ... semua family berkumpul terutama di kuantan. Harap2 mak cepat sembuh berkat doa di bulan ramdhan ini.

Tapi hari ni kami di bsb, masih lagi berpuasa dan semalam masih bertarawih...
Semoga tahun depan kita sempat jumpa lagi Ya, Ramadhan

Friday, August 5, 2011

Ramadhan mubarak




Salam ramadhan buat semua. Alhamdullilah.. ramadhan tahun ni insya allah sempat kita menikmatinya...
Esok?lusa?

Kami baru pulang dari kg. di kuantan, Pahang (m'sia) Anak2 semua seronok...walaupun plan lain yang jadi lain. Tapi walaupun tak lama..kami semua sempat jumpa mak, mama, Ayohcik,GG, de, ayahngah, cik ngah, along, ibu, irfan,ati, orang kaya, teh, pakteh, fir, ain, TERIMA KASIH SEMUA! mudah- mudahan insya allah kita jumpa lagi.