Salam..ketemu lagi kita. Cuti sekolah dah pun bermula, jadinya aktiviti jalanan semestinya dah makin berkurangan...tapi aktiviti dirumah selaju mixer berputar!
Keenam-enam anak ada dirumah dan lepas je main, main dan main...akan kedengaran ayat " Umi...laparlah!"
Jadinya sekolah je cuti dari belajar, dapur tetap kena berasap!
Kesempatan kali ni, qist mencuba "pavlova"..resepi ni refer kat blog"matgebu". Sebelum ni bile tengok pavlova dalam gambar maka tergambarlah ,,mesti leceh nak buatkan? Tapi hakikatnya tak lah susah mana... Moral of the story nya...bulan cuba belum tahu...
Terima kasih pada blog mat gebu!
Tapi jangan tak caya, tak sampai 1.5jam, 3 pavlova ni dah habis...
heheeeheheh..umi suka camni, buat je cepat je habis. Nanti umi buat lagi ye...
P/S: kebetulan ada buah delima kawan hb (Dr. Arif) kasi, so taburkan terus atas pavlova ni...
No comments:
Post a Comment